ENTAH di mana silapnya pelakon Nikita Mirzani terasa hati dengan beberapa teman seperjuangan dalam arena seni sehingga bertindak tidak lagi mengikuti akaun media sosial beberapa selebriti.
Difahamkan, semua itu berpunca daripada satu insiden pada sebuah acara yang disertai ramai selebriti lain.
Hal kurang menyenangkan tersebut dikongsikan dalam Instagram Story tetapi daripada semakan didapati hantaran berkenaan telah dipadam.
Dalam perkongsian tersebut Nikita menyatakan dirinya telah dipulaukan beberapa individu dalam sebuah majlis tanpa diketahui puncanya.
Katanya, dia berasa kurang selesa berada dalam persekitaran tidak sihat yang juga disifatkan mencetuskan aura negatif.
Antara akaun personaliti popular yang tidak lagi diikuti milik pengacara Raffi Ahmad dan penyanyi Lesti Kejora.