fbpx

MotoGP: Marquez ‘rimas’ bentuk jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengakui lebih gemar melihat pembangunan casis dan enjin berbanding persaingan mencipta komponen aerodinamik. - AFP

SEPANG – Juara dunia, Marc Marquez mengakui dia tidak suka dengan MotoGP ketika ini yang lebih memberi tumpuan kepada kepada pembangunan aerodinamik.

Ketika ini, pasukan MotoGP semakin bergantung kepada aerodinamik sejak Ducati memperkenalkan sayap pada jentera Desmosedici bermula 2015 dan ia menjadi eleman utama dalam persaingan untuk membina motosikal terpantas.

Beberapa pasukan dilihat meningkatkan usaha mereka dengan mencuba pelbagai peranti serta komponen baharu untuk di uji di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pada sesi ujian rasmi tersebut, Aprilia memperkenalkan bentuk sayap belakang yang unik sebagai sebahagian pada jentera RS-GP dan Honda juga mempamerkan versi naik taraf reka bentuk ‘stegosaurus’ di bahagian belakang jentera.

Ducati pula terus menguji fairing Desmosedici, sementara KTM dan Yamaha juga memperkenalkan pakej aerodinamik baru di Sepang untuk memastikan mereka mempunyai jentera lebih kompetitif.

Bagaimanapun, Marquez yang meninggalkan pasukan Honda untuk menyertai Gresini pada musim ini tidak terkesan dengan apa yang dilihatnya dan mendakwa MotoGP terlalu mengikut jejak Formula Satu (F1) pada pembangunan aerodinamik jentera.

“Apabila saya melihat beberapa gambar dari ujian lalu dan aerodinamik jentera nampak seperti Formula 1.

“Saya tidak suka dengan langkah tersebut kerana pasukan MotoGP terlalu melebihkan pembangunan aerodinamik. Tetapi, anda perlu menyesuaikan diri.

“Bila kita bercakap soal aerodinamik, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengikut pelumba lain, malah semakin sukar untuk memintas mereka. Inilah yang terjadi dalam Formula 1.

“Jadi, saya akan lebih suka membangunkan seperti casis, tayar dan enjin berbanding aerodinamik,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI