fbpx

‘Lebih baik tanya Norman sendiri’ – Bapa tiri Marissa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAPA tiri kepada pempengaruh, Marissa Dania, Muhammad Faizal enggan membuka mulut tentang kesahihan sama ada gadis itu sudah berkahwin dengan seorang lelaki di Songkhla, Thailand tahun lalu.

PETALING JAYA – “Lebih baik tanya Norman sendiri.”

Demikian jawapan diberikan bapa tiri kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim, 19, iaitu Muhammad Faizal Zakaria selepas bertiup kencang desas-desus mengatakan gadis itu sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Kata Muhammad Faizal yang dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi, dia tidak berada di posisi untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

“Saya rasa saya bukan orang yang tepat untuk menjawab persoalan tersebut,” katanya lagi.

Terdahulu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada ibu bapa kandung Marissa menemui jalan buntu apabila baik Norman Hakim mahupun Abby Abadi tidak menjawab panggilan telefon.

Sementara itu, mesej yang dihantar kepada mereka juga menerusi WhatsApp juga tidak berbalas sehingga sakarang.

Kisah pasangan Marissa dan Aslam pernah tular apabila gadis itu didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah.

Sumber kepada sebuah akhbar arus perdana memberitahu, Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.

Menurut sumber lagi, pasangan berkenaan kembali menjalin hubungan selepas kontroversi itu reda dan Aslam mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Pada September tahun lalu, kecoh dalam media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya menerusi satu hantaran media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI