fbpx

Kelindan maut, pemandu parah jatuh jejambat SKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler yang terbabas melanggar pembahagi jalan di susur keluar Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), hari ini.

KLANG – Seorang kelindan treler maut selepas kenderaan yang dinaikinya melanggar pembahagi jalan di susur keluar Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), hari ini.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 20-an maut di lokasi kejadian sementara pemandu treler itu parah selepas tercampak jatuh ke bawah jejambat lebuh raya tersebut setinggi 10 meter.

Difahamkan kedua-dua mangsa mempunyai pertalian keluarga.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.51 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kemalangan melibatkan sebuah treler membawa kontena telah terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Kemalangan itu turut menyebabkan kelindan dan kontena dibawa telah terjatuh ke bawah jejambat setinggi 10 meter.

“Kelindan treler tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandunya cedera dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI