fbpx

Jualan Kasih Johor: Kerajaan negeri salur RM5 juta – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz (kiri) menyampaikan duit raya di dalam Majlis Pelancaran Jualan Kasih Johor (KASIH) Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024. di Pusat Rukun Tetangga Taman Johor, Johor Bahru, hari ini. Foto oleh Baazlan Ibrahim/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri memperuntukan sejumlah RM5 juta bagi pemberian subsidi harga barang terutamanya menjelang musim perayaan menerusi inisiatif Jualan Kasih Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu diambil bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 bagi mendapatkan barangan asas dan keperluan harian.

Beliau berkata, program ini menyasarkan 800,000 penerima manfaat di 300 lokasi sepanjang tahun ini menerusi kaedah pengurangan harga yang signifikan bagi produk makanan terpilih seperti ayam, telur, minyak masak dan ikan.

“Kerajaan Negeri terus komited dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang mendepani keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi pemberian subsidi harga barang terutamanya menjelang musim perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi di pasar-pasar tani, pasar awam serta lokasi-lokasi yang terpilih,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Jualan Kasih Johor di Taman Johor, Kempas di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata, inisiatif Jualan Kasih Johor yang diadakan bersempena perayaan Tahun Baharu Cina itu diadakan di 30 lokasi terpilih bermula Ahad lalu sehingga Jumaat ini.

Katanya, sepanjang tempoh jualan itu, kerajaan negeri menyediakan pemberian subsidi sebanyak RM1.3 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI