fbpx

EPL: Lima calon pengurus baharu Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XABI ALONSO dilapor berada dalam senarai teratas calon pengurus baharu Chelsea sekiranya Pochettino dipecat. - AFP

LONDON – Spekulasi pemecatan pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino semakin bertiup kencang apabila pihak pengurusan tertinggi kelab itu dilaporkan sudah menyenarai pendeka lima calon pengganti.

Pochettino dilantik sebagai pengurus baharu The Blues pada musim panas lalu dengan kontrak selama tiga tahun dan beliau merupakan pengurus ketiga dilantik sejak Todd Boehly mengambil alih pemilikan kelab itu selepas Thomas Tuchel dan Graham Potter dipecat sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas tujuh bulan bertugas, Pochettino mungkin berdepan nasib yang sama dengan dua pengurus sebelum ini apabila prestasi Chelsea semakin buruk selepas tewas kepada Wolves 2-4 Ahad lalu dan terkeluar dari kelompok 10 pasukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Situasi itu menyebabkan pihak pengurus kelab diarahkan untuk mengenal pasti calon-calon yang sesuai untuk mengambil alih tugas berkenaan sekiranya Boehly membuat keputusan untuk menyingkirkan Pochettino.

Pengendali Bayer Leverkusen, Xabi Alonso dilaporkan berada dalam senarai teratas untuk dibawa ke Stamford Bridge selepas prestasi cemerlang dipamerkan di Bundesliga dengan meraih 16 kemenangan daripada 20 perlawanan untuk menguasai takhta liga.

Selain itu, nama bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho yang kini tanpa jawatan selepas meninggalkan AS Roma bulan lalu juga turut dipertimbangkan serta pengendali Barcelona, Xavi yang mengumumkan akan meninggalkan pasukan itu hujung musim nanti juga berada dalam senarai.

Dua lagi nama yang dinamakan sebagai calon pengganti adalah pengendali Brentford, Thomas Frank, manakala Michel Sanchez yang sedang menikmati tempoh terbaik bersama Girona di La Liga juga sedia dirisik Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI