fbpx

EPL: Guardiola anggap Foden luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN mempamerkan aksi luar biasa ketika meledak hatrik membantu City menewaskan Brentford awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menganggap pemain mudanya, Phil Foden sebagai pemain luar biasa apabila berjaya meledak hatrik ketika membantu pasukan itu menewaskan Brentford 3-1 pada aksi awal pagi semalam.

City terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pendahuluan Brentford menerusi Neal Maupay pada minit ke-21 selain kecekapan penjaga gol, Mark Flekken menghalang beberapa percubaan terbaik mereka untuk mendapatkan jaringan.

Bagaimanapun, Foden membuktikan kualitinya apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama sebelum menjaringkan dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk melengkapkan hatrik.

Kemenangan tersebut menbolehkan City kini melonjak ke kedudukan kedua saingan Liga Perdana Inggeris dan hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Liverpool ketika mereka masih lagi kekurangan satu perlawanan.

“Kami memerlukan persembahan seperti yang dilakukannya (Foden) hari ini. Saya fikir Phil sedang mengharungi musim yang hebat dari segi jaringan dan umpanan gol yang dilakukan.

“Dia bermain dengan cara yang cukup mudah, namun cukup agresif. Dia sentiasa berada dalam keadaan selesa setiap kali mengancam kawasan kotak penalti lawan dan menjaringkan gol.

“Phil masih seorang pemain muda, tetapi dia sudah beraksi 250 perlawanan untuk City dan membuktikan impak yang mampu diberikan. Dia merupakan pemain yang luar biasa,” jelas Guardiola.

Jaringan hatrik itu merupakan yang kedua dilakukan oleh Foden dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama City selepas kali pertama melakukannya pada Oktober 2022 ketika menentang Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI