fbpx

Cukai pelancongan Bali berkuat kuasa 14 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan dua pelancong asing di Bali. - AFP

JAKARTA – Semua warga asing perlu membayar cukai pelancongan sebanyak 150,000 rupiah (RM45.42) apabila mereka mengunjungi Pulau Bali, Indonesia bermula 14 Februari ini, lapor akhbar The Nation.

Cukai baharu itu turut dikenakan ke atas pelancong yang melawat pulau-pulau di sekeliling Bali seperti Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan.

Pelancong yang tiba dari bahagian lain di Indonesia melalui jalan darat atau penerbangan domestik juga perlu membayar cukai itu termasuk kanak-kanak.

Warga asing dari Bali yang mahu pergi ke Lombok dan pulau berdekatan seperti Gili, perlu sekali lagi membayar cukai sebanyak 150,000 rupiah apabila mereka memasuki semula pulau peranginan tersebut.

Ketua Pelancongan Bali, Tjok Bagus Pemayun mengumumkan tarikh permulaan cukai pelancongan itu buat pertama kali pada September 2023.

Beliau turut memberi jaminan bahawa cukai itu boleh dibayar di kaunter lapangan terbang dalam masa pantas iaitu kurang daripada 23 saat, lapor akhbar The Bali Sun.

Bagaimanapun, menurut notis rasmi baru-baru ini, para pelancong digalakkan membayar cukai tersebut menerusi laman web atau aplikasi Love Bali sebelum berlepas ke pulau itu.

Pihak berkuasa wilayah Bali berkata, cukai itu akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan pelancongan, memelihara budaya pulau tersebut dan melindungi alam sekitar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI