DITUDUH menjalankan kegiatan haram ‘cuci’ duit sehingga mampu menikmati kemewahan luar biasa, pengacara popular Raffi Ahmad tampil menafikan fitnah yang bertebaran.
Katanya, sejak dulu dia menjalankan perniagaan yang sah mengikut saluran undang-undang sehingga tidak menyangka dikaitkan dengan kes di bawah Tindak Pidana Pencucian Uang (TPPU) serta Nasional Corruption Watch (NCW).
Suami kepada pelakon, Nagita Slavina itu turut menegaskan bangunan pejabat di daerah Tangerang yang dibangunkan juga adalah hasil jimat cermat menerusi kerja seninya sejak awal remaja.
“Percaya atau tak, boleh diperiksa gedung ini. Ini hasil simpanan sejak saya berkarier pada usia 13 tahun. Saya kerja keras dari pagi sampai malam.
“Jadi jangan percaya khabar. Sebenarnya saya enggan ulas isu ini, cuma fitnah kali ini sudah keterlaluan
Mungkin sekarang tahun politik (pilihanraya), tapi saya bukan politikus, cuma saya sokong salah seorang calon,” katanya.