fbpx

Amelia Christie ikut keluarga Noor Nabila balik Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Amelia Christie mencuri tumpuan peminat apabila tidak kekok pulang ke kampung halaman Noor Nabila yang merupakan bekas isteri kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.

PETALING JAYA – Sebelum ini melancong bersama, kini ikut pulang ke kampung pula.

Itu yang berlaku apabila tular sebuah video memaparkan pelakon, Amelia Christie dilihat mengikut keluarga bekas isteri kekasihnya, Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila pulang ke kampung halaman di Kelantan baru-baru ini.

Menerusi video yang tular dipercayai milik sepupu Nabila dikenali sebagai Farra Fareez, Amelia, 24, dilihat tidak kekok apabila berkumpul bersama ahli keluarga lain.

Antara yang turut kelihatan dalam video tersebut ialah ibu bapa Nabila iaitu Abdul Halim Khan dan Noor Kartini serta adik yang juga pempengaruh media sosial, Ameera Khan.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji Amelia dalam ruangan komen yang disifatkan mesra dan mudah bergaul.

Ada juga yang mengusik dengan menyatakan pelakon drama Histeria The Series itu seperti ‘sudah sah’ bakal menjadi isteri Sharnaaz dan ibu tiri Jebat Jayden.

“Tiba-tiba Amelia menjadi sebahagian keluarga Neelofa. Indahnya silaturahim.

“Pandainya Amelia bawa diri masuk keluarga Nabila. Ini memang ‘confirm’ jadi mak baru Jebat,” komen netizen.

Sebelum ini, Amelia juga pernah bercuti bersama Sharnaaz, Nabila dan Jebat ke Jepun pada Disember tahun lalu.

Terdahulu, kakak selebriti terkenal Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat yang kini berusia enam tahun.

Selepas bercerai dengan Sharnaaz, Nabila sempat menamatkan zaman solo dengan menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun jodoh mereka tidak panjang apabila dilaporkan sah bercerai pada September 2023.

Sementara itu, hubungan cinta Amelia dan Sharnaaz mula dapat dihidu apabila aktres itu kerap menemani kekasihnya di beberapa acara hiburan.

Difahamkan, hubungan mereka mula rapat selepas menjalani penggambaran sebuah drama sejak awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI