fbpx

Ainul Aishah bakal timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINUL AISHAH

PETALING JAYA – Selepas tiga tahun menanti penuh kesabaran,  pelakon Ainul Aishah akhirnya diperkenankan rezeki hamil cahaya mata sulung.

Menurut Ainul atau nama lengkapnya Ainul Aishah Azizun, 39, dia sudah lama dia menanti zuriat sulung dan tidak sabar bergelar seorang ibu.

“Saya dan suami teruja untuk berkongsi khabar gembira yang baru sahaja diterima.

“Saya sudah lama mahu menjadi seorang ibu tetapi tidak tahu sama ada mempunyai rezeki.

“Jadi, saya gembira dan bersyukur apabila mendapati saya hamil,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Seribu Rindu itu memohon doa ramai agar dipermudahkan urusan sepanjang proses kehamilan.

“Saya percaya dengan rancangan Allah untuk saya dan suami. Kami teruja menjadi ibu bapa dan tidak sabar bertemu anak sulung kami.

“Namun, buat masa sekarang harus tunggu dahulu. Semoga bayi kami dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat.

“Tolong juga doa untuk saya lancarkan perjalanan kehamilan dan kelahiran kelak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI