fbpx

3 maut dalam tembakan di luar mahkamah Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pagar keselamatan dibina ketika pakar forensik polis memeriksa kawasan kejadian selepas tembakan di luar mahkamah Caglayan, di Istanbul semalam. - AFP

ISTANBUL, Turkiye – Seorang terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di luar sebuah mahkamah di Istanbul semalam, lapor laman berita RT.

Kementerian Dalam Negeri Turkiye menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

“Seorang lelaki dan wanita melepaskan tembakan di sebuah pusat pemeriksaan polis di hadapan mahkamah Caglayan pada pagi semalam. Ia mencederakan enam orang termasuk tiga pegawai polis.

“Kedua-dua suspek ditembak mati. Suspek ketiga dalam serangan itu cedera dan kini ditahan polis,” kata Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya di aplikasi X.

Media Turkiye menyiarkan gambar dua suspek yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa sebagai anggota Barisan Pembebasan Rakyat Revolusioner (DHKP-C). Ia merupakan sebuah kumpulan pengganas berhaluan kiri yang menyasarkan tokoh tentera dan politik selama lebih tiga dekad.

“Pasukan polis berjaya menghalang serangan lebih meluas ke atas pusat pemeriksaan keselamatan di mahkamah, yang didakwa menjadi sasaran sebenar pengganas,” jelas Yerlikaya.

Beberapa klip video yang dikongsi di media sosial memaparkan orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik, manakala beberapa mangsa terbaring di atas tanah ketika penembak melepaskan tembakan.

Bangunan mahkamah itu kemudian dikepung polis dan peningkatan langkah keselamatan diambil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI