fbpx

2 hari berkenalan, terus melamar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nia dan Eko mengadakan majlis pertunangan pada 28 Januari lalu. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi kisah dia menerima lamaran seorang lelaki hanya selepas dua hari mereka berkenalan, lapor portal berita Wolipop semalam.

Wanita bernama Nia Kumala itu berkongsikan sebuah rakaman memaparkan detik dia dilamar dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok @ig_niakumala.

Wolipop kemudian menghubungi Nia, di mana wanita berusia 24 tahun itu kemudian menceritakan kisah di sebalik video tersebut.

Menurut Nia, dia tidak pernah berhubung dengan tunangnya, Eko sebelum ini, namun pernah berjumpa beberapa kali.

“Kami pernah bertemu tiga kali antara hujung tahun 2019 dan awal tahun 2020 tetapi tidak pernah berbual dan tidak bertukar nombor telefon,” ujarnya. 

Sejak kali pertama berhubung pada 10 Disember 2023, mereka memutuskan untuk berjumpa pada 12 Disember 2023 dan Eko segera melamarnya pada hari tersebut.

Nia dan pasangannya, Eko Juliadi, 34, mengadakan majlis bertunang di rumah mereka di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah pada 28 Januari lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI