fbpx

Ubah budaya kerja secara silo, anjak mentaliti – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry. Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyeru seluruh warga kementerian untuk mengubah budaya supaya tidak lagi bekerja secara silo serta menganjak mentaliti.

Katanya, ini kerana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggalas bebanan tanggungjawab yang berat terhadap masyarakat.

Justeru, beliau mahu tanggungjawab secara bersama itu dilunaskan dan dituntaskan menerusi gerak kerja berpasukan dengan prinsip kolaborasi, koordinasi dan kerjasama.

“Bayangkan bagaimana (jika) dalam satu bangunan itu masing-masing hidup di dalam silo mereka dan berada dalam kepompong bahagian-bahagiannya atau jabatannya dan jabatan itu merasakan ini adalah wilayah saya yang tidak boleh diganggu.

“Antara perkara penting yang saya sebutkan adalah kita kena tukar cara kita berfikir, budaya dan tabiat daripada ‘saya’ kepada ‘kita’. Bagaimana kita hendak bentuk mentaliti yang dikatakan sebagai ‘kita’ itu? Ia bukan senang, lebih-lebih lagi mereka yang sudah terbiasa bekerja dengan mentaliti ‘saya’ ini apabila hendak tukar kepada budaya ‘kita’.

“Apabila ada sikap ‘kita’ ini sebenarnya, kita akan dapat membentuk sebuah organisasi yang cukup efektif dan hebat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KPT di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI