AGAK lama meninggalkan dunia lakonan, kerinduan Twinkle Khanna terhadap arena seni tidak pernah padam.
Namun, isteri kepada pelakon Akshay Kumar itu tidak pernah rasa menyesal meninggalkan dunia glamor demi melihat anak membesar depan mata.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi fokusnya kini adalah menjurus kepada kerja dalaman selepas anak-anaknya kian membesar.
Katanya, pada usia mencecah 50 tahun, tiada apa lagi yang perlu dikejar kerana pernah berada di puncak kejayaan suatu ketika dahulu.
Malah, suaminya juga tidak memberi sebarang tekanan atau memintanya kembali beraksi di layar perak.