fbpx

Tiga hutan simpan Selangor ‘hot spot’ kebakaran gambut skala besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran di Hutan Raja Muda Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor, tahun lalu.

SHAH ALAM – Tiga kawasan hutan simpan di Selangor dikenal pasti antara empat lokasi ‘hotspot’ yang berisiko berlakunya kebakaran tanah gambut berskala besar.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, kawasan itu melibatkan Hutan Simpan Raja Muda Musa, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

“Selain itu, Kampung Johan Setia di Klang juga berisiko berlaku kebakaran gambut pada tahap besar. Pemantauan rapi semua kawasan hotspot itu masing-masing melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Banting, Telok Panglima Garang dan Andalas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih kering pada bulan ini meskipun beberapa kawasan akan berdepan hujan dan risiko banjir.

Mengulas lanjut, kata Wan Md. Razali, pihaknya menerima sebanyak 79 panggilan berkaitan kes kebakaran terbuka setakat ini.

“Jumlah itu melibatkan 37 kes kebakaran sampah, belukar atau lalang (19), hutan (13) dan kebun atau ladang (10). Sebanyak 2,254 panggilan kes direkodkan tahun lalu berbanding 1,844 pada 2022 dan 3,679 (2021),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI