fbpx

Tahun Baharu Cina: Larangan kenderaan barangan mulai Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ops Teknikal Kenderaan Perdagangan menyasarkan kenderaan barangan khususnya lori yang gagal mematuhi peraturan di jalan raya baru-baru ini.

KAJANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 8 dan 9 Februari serta 12 dan 13 Februari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, ia bertujuan bagi melancarkan perjalanan orang ramai terutama ketika musim perayaan.

“Kenderaan berat memang tidak dinafikan antara salah satu punca kepada kemalangan jalan raya terutama kepada kenderaan kecil iaitu motosikal.

“Bagi kesalahan tidak menyelenggara kenderaan, tindakan akan dikenakan kepada syarikat kerana bukan sahaja menyebabkan kemalangan tetapi juga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

“Itu sebabnya kita melaksanakan road-band selama empat hari untuk melancarkan perjalanan orang ramai pulang ke kampung sempena musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Pemeriksaan Depoh Ops Khas Bulan Perayaan di Depoh Transnasional, di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI