fbpx

Syria naikkan gaji kakitangan awam 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 9 Januari lalu menunjukkan kota Damsyik di Syria. – AFP

DAMSYIK – Presiden Bashar al-Assad semalam mengarahkan gaji kakitangan awam, anggota tentera dan bayaran pencen pesara kerajaan dinaikkan 50 peratus ketika ekonomi Syria berdepan kemelesetan, manakala inflasi melonjak akibat perang yang berlanjutan selama hampir 13 tahun.

Bashar mengumumkan keputusan serupa tahun lalu dengan menaikkan gaji dan bayaran pencen dua kali ganda serta turut memansuhkan subsidi bahan api.

Ekonomi Syria terjejas akibat perang saudara yang meragut lebih 500,000 nyawa dan menyebabkan berjuta-juta penduduk menjadi pelarian sejak ia tercetus pada 2011.

Lebih 90 peratus penduduk Syria terjerumus ke dalam kemiskinan, demikian menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), manakala nilai mata wang pound Syria turut menjunam.

Sebelum keputusan semalam, gaji bulanan kakitangan awam adalah antara AS$20 (RM95.20) hingga AS$40 (RM190.40) bergantung kepada nilai jalanan pound Syria.

Perintah berasingan Bashar yang disiarkan semalam turut menetapkan gaji minimum bulanan sektor swasta pada 278,190 pound Syria atau AS$19 (RM90.41).

Mata wang pound Syria diniagakan sekitar 14,500 kepada AS$1(RM4.76) semalam, demikian menurut beberapa laman web pemantauan tidak rasmi berbanding kadar rasmi 12,500 dolar Syria.

Mata wang Syria hilang lebih 99 peratus nilainya sejak perang bermula.

Syria berdepan krisis ekonomi serius yang diburukkan lagi dengan lonjakan kadar inflasi di samping pemotongan bekalan elektrik dan kekurangan bahan api.

PBB menyatakan bahawa seramai 16.7 juta rakyat Syria termasuk 5.5 juta orang yang menjadi pelarian di negara sendiri amat memerlukan bantuan kemanusiaan pada tahun ini, meningkat daripada 15.3 juta pada 2023. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI