fbpx

Sekolah hanya ada seorang guru dan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya tinggal seorang pelajar di sekolah itu. - NDTV

NEW DELHI, India – Terdapat hanya seorang murid dan seorang guru di sebuah sekolah rendah kerajaan di bandar Bathinda, negeri Punjab, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Guru berkenaan, Sarabjit Kaur berkata, dia mula mengajar di sekolah itu pada Mei 2023. 

Apabila tiba di sekolah tersebut, dia hairan kerana hanya seorang pelajar datang sekolah manakala anak-anak kampung lain belajar di sekolah swasta.

Kaur turut berkongsi pengalamannya melawat kampung berdekatan untuk meyakinkan ibu bapa supaya menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan.

“Saya melawat banyak rumah di kampung dan berbincang dengan ibu bapa supaya menghantar anak belajar di sekolah kerajaan. 

“Semua kemudahan ada di sekolah rendah ini. Tidak ada kekurangan tetapi tetapi  penduduk kampung memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah swasta,” katanya.

Seorang pegawai Jabatan Pendidikan Bathinda berkata, beberapa kanak-kanak belajar di sekolah itu sebelum ini, tetapi hanya seorang pelajar tinggal sejak setahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI