fbpx

Raja Charles disahkan hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Monarki Britain, Raja Charles disahkan mengidap penyakit barah, lapor Perbadanan Penyiaran Britain hari ini.

Jenis kanser yang dihidapi baginda bagaimanapun tidak didedahkan dan ia bukan barah prostat.

Penyakit itu dikesan ketika baginda menjalani rawatan kerana prostat bengkak baru-baru ini.

Raja Charles memulakan ‘rawatan berkala’ semalam dan akan menangguhkan semua tanggungjawab awam baginda semasa tempoh tersebut, kata pihak istana.

“Raja berusia 75 tahun itu bersikap positif mengenai rawatan baginda dan berharap dapat kembali melaksanakan tugas  diraja secepat mungkin,” tambah kenyataan sama.

Tiada butiran lanjut lain dikongsikan tentang tahap kanser yang dihidapi baginda.

Raja Charles juga telah memaklumkan kedua-dua putera baginda mengenai penyakit yang dihidapi, manakala Putera Wales dikatakan kerap menghubungi bapanya.

Duke of Sussex, Putera Harry yang menetap di Amerika Syarikat pula telah bercakap dengan Raja Charles dan akan pulang untuk bertemu baginda beberapa hari lagi. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI