fbpx

Pelajar rosak masa depan gara-gara laporan polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Kes laporan palsu polis menunjukkan trend peningkatan sekali gus membimbangkan terutama apabila ia turut melibatkan golongan pelajar.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, hasil siasatan mendapati sebanyak 22 laporan polis palsu pada 2023 dan empat laporan polis palsu sejak awal tahun ini.

“Apa yang saya nak tekankan di sini kes-kes tersebut kadang-kadang dilakukan oleh kalangan pelajar. Apabila ada kes, ia disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, jadi ada rekod jenayah dan akan merosakkan masa depannya juga.

“Cuma nak elak daripada bayar denda hilang kad pengenalan diri misalnya buat laporan polis disamun atau kereta kena pecah, nak elak kena bayar RM300 tetapi merana sepanjang hidup,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Katanya, ada pengadu membuat kenyataan palsu dalam laporan polis seperti menjadi mangsa samun, curi dan pemerasan bagi mengelakkan kerugian membayar denda memproses mendapatkan semula dokumen penting yang hilang kerana kecuaian sendiri.

“Ia juga mengelakkan dikenakan tindakan kerana menggunakan wang atau harta benda orang lain atau milik syarikat untuk kegunaan peribadi, enggan bayar hutang, masalah keluarga dan sebagainya,” ujarnya.

Jelasnya, sebanyak 26 kertas siasatan dibuka berhubung kes laporan polis palsu dengan 18 suspek telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI