fbpx

Pekerja ditipu ‘CFO’ lebih RM121 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa terpedaya apabila dijemput menyertai panggilan video bersama pengurusan sebuah syarikat. - boonchai wedmakawand/Moment RF/Getty Images

HONG KONG – Seorang pekerja syarikat kewangan multinasional di Hong Kong memindahkan wang $200 juta dolar Hong Kong (RM121,696,349) kepada ‘scammer’ selepas menghadiri sidang video bersama ketua pegawai eksekutif (CEO) dan beberapa kakitangan palsu, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Polis Hong Kong berkata, pihaknya masih menyiasat sekumpulan ‘penipu’ yang mengadakan sidang video dan menyamar sebagai kumpulan pengurusan sebuah syarikat multinasional untuk memperdayakan pekerja berkenaan baru-baru ini.

Suspek menyasarkan seorang eksekutif kewangan syarikat multinasional tersebut dengan menghantar e-mel kononnya dikirimkan oleh ketua pegawai kewangan (CFO) firma berkenaan berpangkalan di Britain.

Apabila mendapati urus niaga itu mencecah puluhan juta dolar Hong Kong, pekerja terbabit mengesyaki ia mungkin e-mel palsu. Keraguannya bagaimanapun pudar apabila dijemput menghadiri sidang video bersama CFO berkenaan serta eksekutif kanan syarikat berkenaan yang lain.

Kesemua suspek yang menyertai panggilan video itu sebenarnya menyamar. Mereka menggunakan ‘filter’ teknologi kepintaran buatan (AI) supaya wajah dan suara masing-masing mirip CFO dan eksekutif lain di firma tersebut.

Selepas yakin permintaan itu bukan komplot penipuan, mangsa kemudian memindahkan wang $200 juta dolar Hong Kong.

“Mereka menggunakan teknologi ‘deepfake’ untuk meniru suara dan membaca skrip,” kata penguasa kanan polis, Baron Chan Shun-ching, sambil menambah, kes itu adalah yang pertama di Hong Kong di mana mangsa diperdaya menerusi sidang video melibatkan ramai suspek. 

Mangsa sedar ditipu apabila menyemak transaksi kewangan dengan ibu pejabat syarikatnya. Dia mendapati kakitangan lain tidak tahu mengenai transaksi atau arahan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI