fbpx

Pandelela tumpu acara seirama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDELELA perlu menumpukan perhatian untuk acara seirama selepas gagal melayakkan diri untuk acara 10m platform individu.

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong kini menjadikan acara 10 meter (m) platform seirama wanita sebagai sasaran untuk mara ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas kempunan melayakkan diri menerusi 10m platform individu wanita.

Dia yang akan bergandingan bersama Nur Dhabitah Sabri pada aksi final 10m seirama wanita hari ini perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik sekiranya mahu merebut tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Pengarah teknikal skuad terjun negara, Bryan Nickson Lomas menjelaskan, mereka memang sudah melakukan perancangan serta persiapan bagi memastikan Pandelela dan Dhabitah layak menerusi acara seirama tersebut.

“Untuk acara individu, secara matematik memang sudah tidak ada peluang untuk (Pandelela) melayakkan diri. Kita akan fokus pada acara seirama dan memang sudah ada dalam perancangan untuk dia dan Dhabitah.

“Pelaksanaan dengan synchro (penyegerakan) masih perlu diperbaiki kerana kita memang sasarkan pada kutipan markah synchro itu nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum ini, Pandelela sudah pun melakukan empat penampilan berturut-turut pada Sukan Olimpik selain memenangi pingat gangsa 10m platform individu wanita di Olimpik London 2012 sebelum merangkul perak 10m platform seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong semasa Olimpik Rio 2016.

Sementara itu, Bryan turut mengakui, beliau agak terkejut dengan kegagalan Pandelela melayakkan diri ke separuh akhir dalam acara individu kelmarin apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-29 daripada 46 peserta selepas mengutip 231.15 mata keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN