fbpx

Netizen ‘bengang’ Hot Daddy dijemput ke podcast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hot Daddy dijemput sebagai tetamu dalam satu podcast dikendalikan oleh sebuah laman web penstriman.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah laman web penstriman menjemput Hot Daddy ke platform audio siar atau podcast mereka dikecam hebat orang ramai.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati dan berpendapat tindakan tersebut sebagai mempromosi dan menormalisasikan kegiatan persundalan.

Malah ada juga yang menegaskan, ia boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak ke arah perkara yang tidak bermoral.

“Apa kebaikan Hot Daddy ini sampai nak kena tengok (podcast)? Tak perlu kot. Banyak podcast lain yang membina minda daripada ini,” ujar @sofieopie123.

“Lagi teruk bila post (disiar) dekat media sosial nanti budak-budak tengok dan fikir benda itu normal,” komen seorang lagi pengguna.

“Adakah kita mempromosikan zina? Dunia sudah terbalik, Hot Daddy dijemput sebagai tetamu podcast,” tulis @Myhadithtime.

Sementara itu, pemilik laman web penstriman berkenaan menegaskan pihaknya tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak bermoral.

Malah menurutnya dalam satu kenyataan di Instagram, pihak mereka juga melawan dan mencegah perkara tersebut.

“Penyebaran gambar bersama Hot Daddy telah mendapat perhatian netizen di internet serta segala perspektif persoalan positif dan negatif disuarakan.

“Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu.

“Kami adalah satu platform ‘reality showcase’. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan.

“Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes ‘Hot Daddy’ yang menjalankan aktiviti merakam dan menjual video melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita melalui aplikasi media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, semua suspek diberkas minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Sebelumnya, bapa tiga anak yang popular dengan panggilan “Hot Daddy” yang tular dalam aplikasi X bersama dua wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI