fbpx

Lelaki tidur atas jalan dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berbaring di tengah jalan dalam keadaan mabuk selepas keluar dari sebuah kelab malam. – Pexels

BANGKOK – Seorang lelaki meninggal dunia  akibat dilanggar selepas dia berbaring di atas jalan raya dalam keadaan mabuk, lapor laman berita Thaiger.

Kejadian pada 2 Februari lalu itu berlaku di luar sebuah kelab malam di Phuket. Insiden itu dirakam sebelum dikongsikan di laman sosial.

Rakaman menunjukkan mangsa berbaring di tengah jalan raya ketika suasana lengang sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan).

Seorang rakannya menghampiri mangsa dan menyuruhnya bangun dan beredar ke tepi jalan, namun dia terus berdegil.

Sebuah kereta berwarna merah yang dipandu laju kemudian menuju ke arah mangsa dan merempuhnya.

Rakan mangsa yang turut menyedari kemunculan kereta tersebut bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat cedera parah.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit berkata, dia melihat mangsa berbaring di tengah jalan, namun tidak sempat memberhentikan kenderaannya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI