fbpx

Isteri boleh tuntut fasakh sekiranya suami gagal beri nafkah batin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang isteri boleh membuat tuntutan fasakh sekiranya pasangan mereka gagal memberikan nafkah batin yang sepatutnya.

Ini kerana kata Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli, nafkah batin wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Sekiranya seorang suami gagal memenuhi nafkah itu katanya, tuntutan cerai menerusi fasakh itu boleh dibuat di mahkamah syariah.

“Nafkah batin itu adalah satu nafkah yang wajib ditunaikan suami.

“Kalau suami yang gagal berikan, maka isteri berhak tuntut fasakh atas perkara tersebut. Melainkan, isteri tersebut yang sengaja enggan,” katanya di laman Facebook.

Bagaimanapun Fahmi menambah, tuntutan tersebut mestilah mempunyai asas serta memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam undang-undang.

“Syaratnya, mesti capai tempoh satu tahun. Selalunya, sukar nak buktikan kegagalan suami bagi nafkah ini.

“Melainkan suami yang lari tinggalkan rumah atau hilang entah ke mana,”jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI