fbpx

Hentikan semua tuduhan jahat terhadap saya – Raghad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Ragad Taib Kurdi. Foto kredit BERNAMA.

KUCHING – “Tolong jangan percaya dengan mana-mana khabar angin yang diperkatakan tentang saya.”

Itu permintaan Toh Puan Raghad Kurdi Taib menerusi surat terbuka kepada warga Sarawak, selepas tersebar di laman sosial dan berita yang mencemarkan imej dan nama baiknya sebagai isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Rakyat Sarawak yang dihormati, satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.

“Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini,” katanya.

Ragad menegaskan, walaupun beliau adalah orang asing, tetapi sekarang beliau adalah rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat Malaysia.

Justeru, beliau berkata tidak akan meninggalkan negara ini dan akan meneruskan kerja-kerja amal kepada rakyat Sarawak selepas Taib kembali sihat.

“Dengan ini, saya harap anda semua dapat bersama-sama mendoakan Tun Taib,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI