GEJALA memanipulasi imej selebriti menggunakan teknologi ‘deepfake’ atau salah satu jenis kecerdasan buatan (AI) yang digunakan untuk membuat foto, audio dan video semakin hangat diperkatakan.
Dalam industri perfileman Bollywood, ramai artis merungut apabila suara mereka turut ditiru untuk menipu masyarakat.
Penyalahgunaan AI berjaya memperdayakan ramai pengguna laman sosial.
Begitupun, aktor Shahid Kapoor melihat keadaan itu dari sudut berbeza dengan mendakwa kemunculan deepfake adalah disebabkan kerakusan manusia yang suka menonjolkan perkara di luar realiti.
Menurutnya, sikap masyarakat sendiri yang suka berkhayal mendorong pihak tidak bertanggungjawab berani memanipulasi teknologi untuk menipu mangsa.
Kata Shahid lagi, golongan selebriti juga perlu mengingatkan peminat mengenai cubaan jahat sesetengah pihak bagi mengelakkam diri daripada diperdaya.