fbpx

Bomba Johor pastikan ‘respond time’ bawah 9 minit 30 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI ROHANI memeriksa perbarisan kehormat Sempena Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Johor 2024 di Ibu Pejabat JBPM Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor komited dalam meningkatkan aspek perkhidmatan khususnya untuk memendekkan tempoh masa bertindak atau ‘respond time’ terhadap sesuatu panggilan kecemasan.

Pengarah JBPM Johor, Siti Rohani Nadir berkata, sasaran pihaknya adalah untuk memastikan setiap ‘respond time’ dibuat adalah dibawah tempoh 9 minit 30 saat.

Katanya, sasaran itu adalah bagi panggilan kecemasan di dalam kawasan radius 25 kilometer, sama ada di bandar atau luar bandar.

“Kita ada banyak sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2024 ini, antaranya adalah untuk memendekkan tempoh masa bertindak, ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan dan bantuan kecemasan terbaik dalam situasi seperti kebakaran dan panggilan kecemasan.

“Kita meletakkan sasaran untuk capai 63 peratus daripada keseluruhan panggilan kecemasan dibawah ‘respond time’ ditetapkan iaitu 9 minit 30 saat. Namun ini bagi panggilan kecemasan, aspek menyelamatkan panggilan seperti tebuan dan lain-lain tidak terpakai,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Johor Tahun 2024 di Ibu Pejabat JBPM Johor, di sini hari ini.

Tambah Siti Rohani, bagi memastikan perkara tersebut menjadi realiti, pihaknya akan memastikan aspek kesiapsiagaan anggota serta penyelenggaraan jentera dalam keadaan terbaik sepanjang masa.

“Kita telah miliki peruntukan untuk tujuan tersebut, selain itu kita juga sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan tambah baik melibatkan beberapa balai bomba termasuk Balai Bomba dan Penyelamat Larkin,” ujarnya.

Terdahulu, beliau menyerahkan anugerah penghargaan kepada rakan strategik JBPM Johor, sembilan orang awam dan seramai 17 pengamal media pelbagai agensi cetak dan elektronik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI