STOCKHOLM, Sweden – Sebuah laman web menerbitkan senarai negara yang memiliki gelora udara paling kuat di dunia pada awal tahun 2024, lapor portal berita MailOnline semalam.
Senarai itu disediakan oleh laman turbli.com berdasarkan data purata pergolakan angin pada Januari 2024.
Bhutan menduduki tempat pertama di mana pesawat yang menyeberangi negara tersebut akan menghadapi gelora udara paling kuat, manakala Antartika pula adalah kawasan paling tidak bergelora di tempat ke-172.
10 negara yang memiliki udara paling bergelora menurut urutan ialah Guinea-Bissau di tempat kedua diikuti oleh Senegal, Cabo Verde, Nepal, Gabon, Guinea, Congo, Cameroon dan Sierra Leone.
Selain Antartika, tempat yang berada di kedudukan paling bawah senarai itu ialah Svalbard (ke-171), Russia (ke-170), Greenland (ke-169), dan Kanada (ke-169).
Malaysia pula menduduki tempat ke-97 senarai sama. – AGENSI