fbpx

Apa bukti Nina penjaga tunggal Musa yang sah? – Noh Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Salleh mengatakan bahawa Mizz Nina bukanlah penjaga tunggal anak angkat mereka, Musa yang salah kerana tiada bukti kukuh. - AFIQ RAZALI.

SHAH ALAM – Dakwaan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berkenaan mempunyai hak penjagaan sah ke atas anak angkatnya, Musa ditepis bekas suami yang juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Kata Noh, Nina gagal menunjukkan sebarang akuan berkanun atau dokumen sokongan lain yang mengesahkan dia penjaga tunggal sehingga hari ini.

“Ibu kandung Musa juga telah membenarkan saya menjaganya menerusi akuan berkanun yang dia sendiri serahkan kepada saya. Kami telah buktikan dan tunjuk surat itu kepada pihak Nina.

“Nama saya juga dinyatakan sebagai penjaga sah Musa dalam dokumen yang saya sendiri daftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa ditemani Nina. Jadi mana kebenaran atas dakwaan yang nama saya tidak dinyatakan dalam dokumen tersebut?

“Apa bukti dia penjaga tunggal Musa yang sah? Mana dokumen yang menyokong dakwaan tersebut? Nampak tak macam mana dia bermain dengan semua dakwaan ini?

“Saya boleh buka semua bukti dari awal, sebab semuanya ada bersama saya tetapi saya enggan dedahkan aib bekas isteri,” katanya kepada Kosmo! Online, di sini hari ini.

Selain itu, Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 39, mengakui tidak putus asa untuk berjumpa Musa selepas bercerai dengan Nina tetapi kehendaknya dibatalkan selepas gagal berkomunikasi dengan bekas isteri dan keluarga akibat disekat sepenuhnya.

“Saya boleh buktikan yang dia menyekat komunikasi dengan menyekat nombor saya. Saya ada bahan yang membuktikan saya telah hubungi ibunya, pembantu peribadinya, kakak iparnya. Semua sekat nombor saya.

“Jadi untuk dia mendakwa saya tak pernah datang untuk berjumpa Musa selepas kami bercerai adalah tidak benar sama sekali. Dia dah sepenuhnya sekat saya,” jelasnya.

Hari ini, Nina hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat mengesahkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Semalam, pihak Mizz Nina bertindak memfailkan penarikan semula kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte hak penjagaan sementara.

Peguam syarie mewakili Mizz Nina, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan tiada proses sulh berlaku semalam dan hari ini pihak Mizz Nina akan kembali mengesahkan keputusan mereka di hadapan hakim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI