fbpx

Anwar ucap takziah kepada Allahyarham Khalid Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik ihsan FAM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah buat legenda bola sepak tanah air, Allahyarham Khalid Ali yang menghembuskan nafas terakhir petang tadi.

Anwar berkata, beliau terkenang kehebatan Allahyarham ketika menyarung jersi kebangsaan, terutama ketika membantu skuad kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Terima kasih atas jasa dan usaha mengharumkan nama negara,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Legenda bola sepak negara era 1970-an, Khalid Ali yang bersama skuad Harimau Malaya pada kelayakan Sukan Olimpik 1980 di Moscow meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 3.05 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI