fbpx

Untung RM1,000, tapi rugi RM521,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pembantu kedai yang diumpan dengan keuntungan RM1,000 melalui pelaburan berjumlah RM50,000 akhirnya berputih mata apabila wang simpanannya seanyak RM521,000 lesap selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 31 Disember lalu selepas mangsa berumur 39 tahun di Bentong menyertai satu skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan sebanyak 15 peratus di Facebook.

“Pada peringkat awal mangsa berjaya mengeluarkan keuntungan RM1,000 selepas membuat pelaburan berjumlah RM50,000.

“Dalam tempoh 25 Januari hingga 3 Februari lalu, mangsa memindahkan wang berjumlah RM521,000 dengan melakukan 15 transaksi ke dalam empat akaun yang diberikan.

“Mangsa menyedari dia ditipu setelah gagal mengeluarkan keuntungan berjumlah RM1,767,258 melalui laman web tersebut,” katanya di sini hari ini

Menurutnya, sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan selain pinjaman daripada ahli keluarganya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI