fbpx

Tahanan lolos: 2 lagi dicekup di ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAPAH – Dua lagi tahanan lelaki etnik Rohingnya yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor berjaya ditangkap polis di sebuah ladang kelapa sawit, Ladang Kami Garden, Sungkai dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan itu hasil maklumat orang awam dan operasi khas polis.

“Setakat ini, 131 tahanan yang lolos, seramai 56 orang telah berjaya ditangkap, mati akibat kemalangan jalan raya (dua orang) serta yang masih bebas ialah 73 orang.

“Tangkapan dibuat di kawasan pentadbiran polis Tapah yang meliputi kawasan Sungkai, Bidor dan Tapah.

“Polis percaya masih ramai OKT yang lolos masih berada dihutan serta kampung sekitar tiga kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi bersepadu ini telah memasuki hari kelima sejak 131 tahanan lelaki itu berjaya meloloskan diri dari depot imigresen malam Khamis, minggu lalu.

Pusat tahanan sementara itu berada di lokasi strategik berhampiran lebuh raya, ladang kelapa sawit dan aliran sungai yang menuju bandar-bandar berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI