fbpx

Reman pegawai penyiasat perkosa gadis dalam IPD disambung sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Tumpat hari ini untuk prosiding lanjutan reman.

TUMPAT – Tempoh tahanan reman seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor yang disyaki merogol gadis berusia 23 tahun semasa dipanggil sebagai saksi bagi satu kes melibatkan pemerasan di ibu pejabat daerah (IPD) di sini minggu lalu, disambung sehari.

Permohonan reman terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dibuat selepas tempoh reman selama tujuh hari bermula Selasa lalu berakhir hari ini.

Lanjutan reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini.

Semasa prosiding reman berlangsung, peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd. Firdaus Zainal Abidin memohon lanjutan reman yang paling minimum diberikan kepada anak guamnya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan lanjutan reman selama sehari sehingga esok bagi membolehkan pegawai polis tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu, pegawai penyiasat itu tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan menaiki kereta peronda polis (MPV) kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.

Pegawai polis yang memakai jaket dengan muka dan kepalanya ditutup itu kemudiannya keluar dari mahkamah dengan menaiki kenderaan sama pada pukul 10 pagi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, gadis yang merupakan peniaga dalam talian menjual produk kosmetik mendakwa dirogol seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor semasa hadir memberi keterangan sebagai saksi di IPD Tumpat pada Ahad minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa yang berusia 23 tahun itu hadir ke IPD Tumpat untuk membantu siasatan kes pemerasan melibatkan gambar lucah rakannya kira-kira pukul 7 malam.

“Inspektor itu memanggil mangsa ke IPD Tumpat bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan gambar lucah rakannya. Gadis itu juga dipercayai merupakan saksi dalam kes tersebut.

“Bukti-bukti yang ada di lokasi kejadian sudah diambil untuk dihantar ke unit forensik,” ujarnya.

Muhamad Zaki memberitahu, sehubungan itu, polis Kelantan sedang menjalankan siasatan telus berhubung kes tersebut dan tidak akan melindungi anggota atau pegawai yang melakukan kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI