fbpx

Pengaruh ‘energy stick’ akan lebih parah – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Subbarow (gambar kecil). Poster yang dikongsikan Public Health Malaysia berkaitan risiko pengambilan 'energy stick' di Facebook.

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meramalkan pengaruh produk penyedut hidung atau dipanggil sebagai ‘energy stick’ dalam kalangan golongan muda terutama pelajar sekolah akan lebih teruk.

Menurut Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow, jika sebelum ini menjadi satu kegusaran pihak ibu bapa dalam mengekang penglibatan anak-anak yang terdedah kepada penggunaan vape atau rokok elektronik, namun kehadiran gajet terbaharu ini bakal membunuh kesihatan mereka dengan lebih dasyat.

Katanya, penjualan energy stick ini dilihat lebih memfokuskan kepada pengguna muda dan remaja kerana harganya sangat murah iaitu sekitar RM2.50 hingga RM10 sahaja.

“Harga sangat mampu milik, kumpul duit belanja sekolah seminggu pun boleh beli dah. Lagipun dijual secara dalam talian, siapa sahaja boleh dapatkan dengan mudah tanpa pengawasan pihak tertentu termasuk ibu bapa,” katanya kepada Kosmo!.

Tambah Subbarow, jualan energy stick ini juga dianggap sebagai salah satu taktik bagi mengaburi mata pengguna terhadap ketagihan kepada vape.

“Kalau mereka (penjual) tak boleh nak tarik minat orang muda hisap vape sebab sudah banyak gesaan untuk hentikan dan haramkan jualan vape di negara ini, jadi mereka datang dengan produk baharu seperti inhaler (energy stick)

“Kesannya sama seperti hiap vape, dan produk penyedut hidung seperti ini sememangnya akan buat pengguna baharu untuk cuba vape pula, dan risikonya akan lebih teruk daripada risiko vape ketika ini sebab akan ada dua gajet yang buat pengguna ketagih,” jelasnya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan akan mengambil tindakan segera berkenaan kewujudan produk penyedut hidung atau dikenali sebagai ‘energy stick’ yang kini giat dipromosikan menerusi sosial media.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah menerima aduan dan amaran berhubung produk berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI