fbpx

Pembukaan kilang Fract 750 pertama Pantai Timur jana pertumbuhan ekonomi Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD NIZAR (tiga dari kiri) meninjau Kilang Fract 750 pertama Pantai Timur yang dibina di Pelabuhan Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Pembukaan kilang Fract 750 yang pertama di Pantai Timur oleh FGV Holdings Berhad (FGV) di kawasan Pelabuhan Kuantan di sini dijangka membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, dengan pembukaan kilang tersebut, Pahang menjangkakan pertumbuhan ekonomi melebihi 10.6 peratus.

Katanya, kilang yang menggunakan teknologi ‘Desmet iConFract System’ itu dapat menyumbang kepada pembangunan industri negeri menerusi penghasilan produk premium industri hiliran baharu berasaskan minyak sawit.

“Fasiliti ini mencerminkan perkembangan strategik FGV untuk memenuhi permintaan pasaran bagi penawaran produk premium seperti High IV Olein (IV60-IV65) dan ‘hard stearin’.

“Kilang penapisan baharu ini bukan sahaja membolehkan FGV meneroka bidang baharu dalam produk lemak khusus tetapi turut menyumbang kepada pembangunan industri,” katanya selepas melancarkan majlis perasmian kilang Fract 750 di FGV Refineries Kuantan Oil Products di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI