fbpx

Tahanan lolos: Sempat pelawa tidur sebelum kena cekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus menunjukkan lokasi tahanan etnik Rohingya yang ditemui di Felcra Jalan Karcu, Tapah pada pukul 9.45 malam semalam. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Seorang tahanan etnik Rohingnya yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor sempat dipelawa tidur di rumah pekerja ladang kelapa sawit di Felcra Jalan Karcu di sini semalam sebelum ditangkap polis.

Penyelia ladang, Firdaus Salim berkata, lelaki asing itu keluar dari lokasi persembunyiannya di Hutan Simpan Kekal Bukit Tapah menuju ke rumah pekerja untuk meminta makanan kerana kelaparan selepas tiga hari tidak menjamah makan.

“Menurut pekerja ladang, lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu meminta makanan kerana kelaparan di rumah mereka kira-kira pukul 8.40 malam.

“Mereka yang berasa kasihan kemudian memberikan minuman dan nasi berlauk sebelum mengajak lelaki terbabit tidur.

“Ini bagi memastikan tahanan lelaki itu tidak lari. Sebelum itu pekerja sudah memaklumkan kepada saya tentang kelibat lelaki tersebut yang meminta bantuan mereka,” katanya ketika ditemui petang tadi.

Menurutnya, polis yang tiba tidak lama kemudian memberkas lelaki asing tersebut yang sedang nyenyak tidur disebabkan keletihan.

“Dia mendakwa terdapat 10 lagi rakannya yang masih bebas berada di dalam hutan simpan. Namun itu mungkin hanya dakwaan kerana ramai anggota polis dan imigresen berada di kawasan ini untuk memburu mereka,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI