fbpx

Taylor Swift menang Album Terbaik Grammy lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR Swift artis pertama memenangi trofi Album Terbaik Anugerah Grammy sebanyak empat kali.

BAGAI dijangka,  penyanyi Taylor Swift mencipta sejarah apabila Midnights dinobatkan sebagai Album Terbaik di Anugerah Grammy Ke-66, hari ini.

Swift, 34, mengetepikan pesaing hebat lain seperti Jon Batiste yang mempertaruhkan album World Music Radio, Boygenius (The Record) dan Janelle Monae (The Age of Pleasure).

Antara pencabar terdekat lain ialah Lana Del Ray (Did You Know That There’s a Tunnel Under Ocean Blvd), Miley Cyrus (Endless Summer Vacation), Olivia Rodrigo (Guts) serta (SOS).

Penyanyi yang menerima trofi ke-14 Grammy sepanjang kerjaya seninya itu turut mengumumkan bakal melancarkan album baharu pada April depan.

Berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat, trofi utama tersebut disampaikan penghibur ikonik, Celine Dion yang sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit sindrom orang kaku atau Stiff Person Syndrome (SPS).

“Terima kasih saya ucapkan kepada peminat. Saya ingin memberitahu satu rahsia yang disimpan hampir dua tahun lalu iaitu saya bakal lancarkan album baharu pada 19 April ini.

“Album ini diberi judul Tortured Poets Department. Saya akan muat naik kulit album dalam media sosial sebentar lagi. Terima kasih, saya sayang anda,” katanya.

Menerusi album Midnights, Swift turut membawa pulang satu lagi trofi iaitu  Album Vokal Pop Terbaik.

Teradahulu, albumnya yang berjaya memenangi kategori Album Terbaik adalah Fearless, 1989 dan Folklore.

Sementara itu, pemenang lain yang diraikan ialah Miley Cyrus bagi Rakaman Terbaik menerusi Flower, Billie Eilish (Lagu Terbaik – What Was I Made For?) dan Victoria Monet (Artis Baharu Terbaik). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI