fbpx

Paris naikkan caj parkir €18 atau RM92 sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan diparkir di tepi jalan di Paris pada 2 Februari lalu. – AFP

PARIS – Orang ramai bersetuju mengenai cadangan menaikkan kadar bayaran parkir untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) di Paris, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Cadangan itu dikemukakan oleh Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dan menerima undian 54.55 peratus.

Langkah tersebut akan menyaksikan  caj parkir kenderaan berat 1.6 tan atau lebih besar,  meningkat tiga kali ganda berbanding bayaran semasa.

Caj baharu itu akan menyaksikan bayaran parkir SUV di Paris adalah sebanyak €18 (RM92) sejam.

Langkah itu bagaimanapun terhad kepada penduduk dari kawasan lain yang memasuki pusat bandar Paris.

Menurut Hidalgo, SUV adalah berbahaya dan dan mengancam alam sekitar. Ia dipersetujui oleh aktivis-aktivis alam sekitar yang berpendapat bahawa SUV menggunakan lebih banyak bahan api dan lebih banyak pelepasan asap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI