fbpx

Norreen Iman jual baju seksi tapi enggan tanggung dosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORREEN Iman hanya menjual pakaian seksi lamanya kepada pembeli bukan beragama Islam.

PETALING JAYA – Selepas nekad bertudung, pelakon Norreen Iman mengambil keputusan membuat  jualan ‘prelove’ kesemua baju seksi miliknya.

Norreen, 30, bagaimanapun hanya menjual pakaian terpakai tersebut kepada orang bukan beragama Islam kerana enggan menanggung dosa sekiranya digayakan wanita Muslim.

“Saya buka dres ini kepada orang bukan Islam sahaja. Orang Melayu yang beli, saya tidak mahu tanggung dosa.

“Nanti ada pula orang kata saya jual baju tak panjang dan orang lain akan pakai baju ini,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Pada masa sama, Norreen yang juga personaliti media sosial itu membatalkan hasrat menjual sehelai gaun pendek warna biru yang dikatakan mempunyai banyak memori, selain rasa bersalah untuk dilepaskan kerana terlalu terdedah.

“Saya beli dres ini ketika bercuti ke Bali. Siapa yang pernah tengok saya pakai akan tahu macam mana kainnya boleh diregangkan.

“Baju ini banyak kenangan sangat. Tidak jadi jual baju ini, rasa serba salah. Tak baiklah,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, pemilik nama lengkap Norreen Iman Abdullah memutuskan untuk bertudung sepenuhnya selepas berdepan peristiwa menginsafkan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu menangis apabila memadam semua gambar lama yang tidak berhijab dalam Instagramnya.

Meski masih belum sempurna dalam menutup aurat, ramai mendoakan pelakon Jangan Ganggu Jodohku itu supaya kekal istiqamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI