TERKENAL dengan gaya penyampaian penuh melankolid menerusi beberapa karya cinta bergenre balada, Imran Ajmain boleh dikatakan antara penyanyi yang mampu ‘mencairkan’ perasaan sesiapa sahaja hanya dengan lontaran vokalnya. Setiap seni kata yang terbit dari bibirnya dan ditambah dengan gaya nyanyian penuh mempesona, cukup menyerlah Imran sebagai penyanyi lelaki dengan identiti tersendiri. Dendangannya seperti Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang, Jika Engkau Pergi dan Dikalung Kasihan sehingga kini kekal terpahat dalam hati penggemar walaupun selepas bertahun-tahun sepi tanpa buah tangan baharu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya