fbpx

Lelaki mabuk pukul kakak ipar dengan tukul besi dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARTHIVAN dijel sehari dan denda RM4,500 selepas mengaku bersalah memukul kakak iparnya dengan tukul besi sehingga parah, 2 September 2019.

MUAR – Tindakan seorang pemotong kelapa sawit memukul kakak iparnya menggunakan tukul besi hingga cedera kerana berang ditegur mabuk, lima tahun lalu terbalas apabila dia dijel sehari dan denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Parthivan Periyathamby, 43, selepas dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan dipenjara 11 bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang masih bujang didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kakak iparnya, Avachee Periakaruppan, 57, hingga parah.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Lorong Dato Ahmad, di sini, pada pukul 9 malam, 2 Disember 2019.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Tan Xin Ran daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira keganasan dilakukan tertuduh yang menyebabkan mangsa cedera.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dilaporkan bertandang ke rumah mangsa sebelum berlaku perselisihan hingga membawa kepada kecederaan.

Mangsa dalam keadaan parah ketika itu, menghubungi ahli keluarga bagi mendapatkan pertolongan sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI