fbpx

Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarhamah Salwani

KOTA BHARU – Isteri kedua Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Allahyarhamah Salwani Yusof, 43, menghembuskan nafasnya kira-kira pukul 1.15 tengah hari di hospital itu.

Pegawai khas kepada Khalid, Fikri Nizammuddin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, allahyarhamah Salwani meninggal dunia di HUSM selepas mengalami komplikasi jantung.

Tambahnya, jenazahnya akan disolat di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian selepas solat isyak dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI