fbpx

Imigresen Johor pastikan tiada PATI lolos di Depoh Tahanan Pekan Nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPOH Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor komited memastikan tahap keselamatan Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas di Pontian sentiasa selamat daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, tiada mana-mana pihak pernah memboloskan diri daripada depoh tahanan tersebut.

“Depoh tahanan itu merupakan satu-satunya depoh tahanan PATI di Johor, dan saya boleh katakan bahawa kawalan di depoh tersebut pada tahap tertinggi untuk pasti kejadian seperti di Depoh Imigresen Sementara Bidor tidak berlaku di sini.

“Ketika ini, depoh tersebut menempatkan seramai 1,070 PATI, dengan seramai 20 daripada mereka merupakan tahanan warga Rohingya,” katanya selepas diminta mengulas mengenai tahap kawalan di depoh tahanan itu.

BAHARUDDIN. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung Inisiatif Mengatasi Kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, hari ini.

Pada 1 Februari lalu, seramai 131 PATI melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak. Daripada jumlah itu, 115 merupakan warga Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Setakat kelmarin, seramai 51 PATI yang meloloskan diri telah ditahan, manakala seorang lagi maut dalam kemalangan selepas melarikan diri.

Tambah Baharuddin, Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas itu mempunyai kekuatan seramai 171 anggota dengan seramai 40 anggota bertugas pada setiap syif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI