fbpx

Hujan lebat landa KL, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir serta angin kecang bakal melanda lima negeri di Semenanjung terutama Kuala Lumpur dan Selangor petang ini.

Menerusi laporan cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia di laman Facebooknya, antara kawasan berisiko adalah di Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta seluruh Wilayah Persekutauan dan Putrajaya.

Selain itu, cuaca buruk petang ini turut tertumpu sekitar Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau serta Alor Gajah, Melaka.

“MetMalaysia meramalkan keadaan tersebut boleh berlanjutan sehingga lewat petang nanti,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI