KEJAYAAN Malaysia muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5 Sebelah (5s) 2024 di Muscat, Oman yang berakhir Khamis lalu memberikan ‘talian hayat’ kepada arena hoki negara. Ia seperti nafas baharu kepada sukan hoki yang kebelakangan ini dikritik hebat susulan kegagalan skuad lelaki kebangsaan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. Ia bermakna Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi sehinggalah ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 selepas kali terakhir membuat penampilan 24 tahun lalu ketika beraksi pada edisi 2000 di Sydney, Australia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya