fbpx

Fazura takut tak boleh hadam jika anak dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA akan menyokong apa sahaja minat anaknya Fatima dalam bidang seni.

SEPANG – Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya mengikut jejak langkahnya bersama suami, Fattah Amin untuk bergelar pelakon.

Fazura, 41, bagaimanapun risau apabila memikirkan cabaran dan dugaan yang perlu dilalui Fatima apabila terjun dalam industri seni hiburan suatu hari nanti.

“Sejujurnya bidang seni ini bukanlah kerjaya mudah dan seindah seperti yang disangka. Saya risau sebenarnya jika Fatimah terbabit dalam bidang seni suatu hari nanti.

“Pelbagai onak duri dan cabaran yang perlu dia lalui nanti,” kata Fazura kepada Kosmo! Online.

Pun begitu, pelakon filem Pisau Cukur itu percaya bahawa anaknya itu boleh menempuhi cabaran dalam bidang seni, memandangkan kanak-kanak yang bakal memasuki usia empat tahun itu disifatkan sebagai seorang anak yang kuat.

“Tapi saya rasa dia boleh berdepan dengan cabaran dalam bidang seni. Kalau saya ‘kak long’ (kuat), dia lagi kak long daripada saya.

“Fatima seorang anak yang kuat. Saya rasa dia boleh berdepan dengan cabaran dalam bidang seni,” ujarnya.

Bagaimanapun sebagai seorang ibu, Fazura yang ditemui semasa majlis pelancaran koleksi raya, Fazbulous Raya 2024 di sini, kelmarin tidak yakin boleh berdepan dengan kecaman netizen terhadap anaknya selepas terbabit dalam bidang seni.

“Cuma saya takut tidak boleh berdepan dengan hentaman dan kecaman netizen terhadap Fatimah apabila dia terbabit dalam bidang seni nanti.

“Namun terpulang, saya sokong apa sahaja yang dia mahu lakukan. Sekarang pun saya sudah nampak minatnya dalam bidang seni.

“Fatima pun dah mula terbabit dengan iklan. Darah seni memang ada dalam dirinya. Pada masa hadapan, jika dia mahu berlakon sudah tentu saya akan sokong,” tutur Fazura.

Pada masa sama, Fazura turut berharap agar dia dan suami diberikan kesihatan yang baik supaya dapat membimbing puteri kesayangan mereka dalam bidang diceburi.

Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI