fbpx

ETS Gemas-Johor Bahru siap tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin bertanya khabar penjawat awam yang meluangkan masa menderma darah sempena Majlis Perhimpunan Jabatan Daerah Tampin, di Dewan Perdana Tampin, hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

TAMPIN – Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru yang sudah mencapai kemajuan sebanyak 92 peratus dijangka mula beroperasi tahun hadapan, sekali gus bakal memberi limpahan ekonomi di kawasan sekitar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penyediaan kemudahan pengangkutan berkenaan seperti depoh secara tidak langsung akan memberi impak positif terhadap pembangunan di kawasan Gemas khususnya.

“Penduduk di daerah Tampin akan menerima manfaat kemudahan pengangkutan awam yang membolehkan mereka pergi ke utara atau Selatan tanah air dengan lebih cepat.

“Bukan itu sahaja, kesan ekonomi juga akan dapat dirasakan oleh penduduk di daerah ini apabila pembangunan seperti ini dijalankan di daerah Tampin,” katanya sempena Majlis Perhimpunan Jabatan Daerah Tampin, di Dewan Perdana Tampin, di sini, hari ini.

Aminuddin turut menyarankan agar pembangunan di daerah Tampin selari dengan ‘branding” yang diiktiraf oleh PlanMalaysia pada tahun 2021 iaitu Tampin sebagai daerah paling bahagia.

Menurutnya, dapatan Kajian Indeks 20 Kebahagiaan 2021 dengan peratus paling tinggi iaitu 99.5 peratus, secara tidak lansung telah meletakkan satu jenama yang ada pada daerah Tampin.

“Oleh kerana Tampin dilihat sebagai daerah untuk penempatan komuniti yang di dominasi kawasan pinggir dan luar bandar, maka keutamaannya adalah bersifat kemudahan dan perkhidmatan di setiap kawasan-kawasan penempatan komuniti tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI