fbpx

EPL: United cemerlang atasi West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEJANDRO Garnacho (tengah) meraikan meraikan jaringan keduannya bersama Rasmus Hojlund (kiri) dan Kobbie Mainoo ketika tewaskan West Ham 3-0, sebentar tadi. - AFP

LONDON – Manchester United terus menghadirkan tiga mata penting selepas meraih kemenangan kedua berturut-turut dengan menewaskan West Ham United 3-0 di Old Trafford, sebentar tadi.

Alenjandro Garnacho memainkan peranan besar kepada kemenangan ke 12 musim ini apabila menyumbangkan dua gol sekaligus menyaksikan Red Devils melonjak ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Selepas menang 2-0 di Stadium London, Disember lalu, West Ham United hadir dengan misi menamatkan penantian 17 tahun untuk merekodkan kemenangan di Old Trafford sekaligus mengesahkan rekod 100 peratus ke atas Red Devils musim ini.

United yang memiliki rekod tanpa kalah dalam 15 pertemuan terakhir liga dengan West Ham bermula cemerlang apabila membuka jaringan menerusi Rasmus Hojlund pada minit ke-23.

Walaupun peratusan penguasaan lebih berpihak kepada tuan rumah, West Ham wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang khususnya menerusi Ben Johnson dan Mohammed Kudus.

Kemasukan penjaga berpengalaman, Lukasz Fabianski langsung tidak menghadirkan gentar buat United yang hanya memerlukan empat minit di babak kedua untuk menambah gol kedua menerusi Garnacho.

Minit ke-69, Jarrod Bowen yang melepasi kawalan Harry Maguire dihidangkan peluang terbaik namun rembatan jarak dekat dilakukannya berjaya dipintas oleh Diogo Dalot.

Kesilapan West Ham yang hilang bola di kawasan sendiri mengundang padah dan kesempatan pada minit ke-84 itu tenang disempurnakan oleh Garnacho. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN